Selamat menjalani ibadah korban kepada seluruh muslim dan muslimat. Salam Eidul Adha.
بِسْـــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم Que Allah (swt) nos guíe por el camino recto. Amin.
Abdullah: Papa, umur papa berapa?
Papa: 40 tahun.
Abdullah: Macam mana papa tahu?
Papa: Papa kiralah.
Abdullah: Macam mana papa kira?
Papa: Papa kira dari tarikh papa lahir.
Abdullah: Macam mana papa tahu tarikh papa lahir?
Papa: Mak papa bagitahu.
Abdullah: Macam mana mak papa tahu?
Papa: Mak papa kiralah.
Abdullah: Macam mana mak papa kira?
Papa: Mak papa kira dari hari papa lahir.
Abdullah: Macam mana mak papa tahu bila papa lahir?
Papa: Sebab mak papa yang lahirkan papa.
Abdullah: Macam mana mak papa tahu mak papa yang lahirkan papa?
Papa: Aaarrr????
Abdullah: ??????…….?
Abdullah: Papa, ¿cuántos años tienes?
Papa: 40 años.
Abdullah: ¿Cómo lo sabes?
Papa: Lo cuento yo.
Abdullah: ¿Cómo lo cuentas?
Papa: Lo cuento por mi fecha de nacimiento.
Abdullah: ¿Cómo sabes tu fecha de nacimiento?
Papa: Me lo ha dicho mi madre.
Abdullah: ¿Cómo lo sabe tu madre?
Papa: Lo cuenta ella.
Abdullah: ¿Cómo lo cuenta?
Papa: Lo cuenta por el día de mi nacimiento.
Abdullah: ¿Cómo sabe tu madre cuándo naciste?
Papa: Porque me dio a luz a mí.
Abdullah: ¿Cómo sabe tu madre que te dio a luz a ti?
Papa: Aaarrr????
Abdullah: ??????…….?
Nota:
Kanak-kanak memang gemar bertanya itu dan ini. Adakalanya pertanyaan itu lucu, ada kalanya berat, ada kalanya membingungkan kita sebagai ibu bapa untuk menjawabnya. Apa pun, cubalah juga untuk respon walau sekompleks mana sekalipun pertanyaan itu dan jawablah dengan penuh keihklasan dan kasih sayang. Kadang-kadang mereka bertanya kerana mahu menguji walhal mereka sendiri sudah tahu jawapannya. Kadang-kadang kerana mereka mahu bermanja dan mendapat sedikit perhatian. Ada juga kanak-kanak yang bertanya kerana hendak menunjuk tahu. Ada beza di antara mereka yang bertanya kerana ingin tahu dengan mereka yang bertanya kerana hendak menunjuk tahu. Malah mereka yang bertanya kerana hendak menunjuk tahu juga berbeza dengan mereka yang bertanya kerana hendak “menunjuk-nunjuk” tahu. Apapun mereka adalah kanak-kanak yang suci bersih hatinya dan kesucian itu terserlah dalam segala tindak tanduk mereka. Kadang-kadang ia nampak seperti “beban” tetapi sebenarnya ia adalah saham untuk ibu bapa ke syurga.
Kerja adalah amanah Allah, adalah ibadah kepada Allah yang jika dilakukan dengan ikhlas akan mendapat pahala yang sangat besar dari Allah. Jika semua pihak dari se atas-atas kedudukan hingga ke se bawah-bawah kedudukan berkerjasama dengan baik dan berusaha meningkatkan prestasi diri, insyaallah kontoversi pun tidak akan wujud. Menghormati dan menunaikan hak orang lain yang telah diamanahkan kepada kita dengan baik adalah termasuk dalam usaha untuk mengurangkan atau menghilangkan “kontroversi”. “Kontroversi” dalam hubungan kita sesama manusia tidaklah seberapa berbanding “kontroversi” dalam hubungan kita dengan Allah. Namun, “kontroversi” dalam hubungan kita sesama manusia juga boleh mencetuskan “kontroversi” dalam hubungan kita dengan Allah. Allah mencipta manusia itu ramai, dari pelbagai puak dan keturunan adalah untuk kita berbaik sangka dan hidup dalam harmoni dan aman. Daripada Dia kita datang kepada Dia kita kembali…
Lamanya saya tidak menukil di blog ini. Bukan tidak ada cerita atau peristiwa yang hendak dikongsi akan tetapi masa amat-amatlah tidak mengizinkan. Hidup saya kebelakangan ini berpusatkan data siang dan malam. Pendek kata, tidur data, bangun data, makan data, minum data, mimpi pun, mimpikan data. Data pula, data yang amat subjektif, amat-amatlah kompleksnya. Tetapi tidak mengapa, asalkan ada kemahuan, ada kehendak, maka akan terbitlah daya dan kekuatan untuk melaksanakannya hingga sempurna. Insyaallah ia akan berakhir dengan manis, dan kesusahan ini apabila ia sudah berlalu nanti ia akan menjadi kenangan indah terabadi di dalam hidup saya, suami dan tiga cahaya mata kami. Perjalanan masih panjang, selagi hayat belum terhenti, kita perlu terus melangkah dan berlari, mengejar waktu dan mengejar…. restu!
“Setelah lama memerap di rumah maka saya cadangkan kepada anak-anak; “Jom kita pi melancong, nak?” Dan anak saya menjawab; “mama, duit yang orang bagi tu lebih baik mama buat kebajikan, misalnya belikan buku-buku untuk kakak, atau kalau nak jalan-jalan pun ke tempat yang budak-budak suka, ni sikit-sikit shopping kompleks, stadium, musium, bangunan-bangunan lama. Cubalah bawa ke gedung mainan, kita orang gembira, mama pun dapat pahala!”. Oh, rupa-rupanya selama ini saya belum cukup membuat kebajikan….”
Kadang-kadang saya lupa yang anak-anak itu ada jiwa, ada kehendak. Kadang-kadang saya membuat sesuatu berdasarkan apa yang saya fikir sebagai seorang ibu. Sedangkan mereka itu adalah anak-anak yang juga mempunyai sudut pandangan mereka sendiri. Semakin mereka membesar, mereka tidak lagi boleh menjadi sekadar penurut perintah, sebaliknya mereka mahu sama-sama melontar pendapat dan menunjuk arah. Tidak salah walaupun kita ibu, kita merendahkan diri kita untuk menerima tunjuk ajar atau paling tidak mendengar apa yang mereka luahkan. Mereka tidak boleh dikatakan kurang ajar jika mereka memandai-mandai menunjuk ajar. Malah suara anak-anaklah sebenarnya yang paling penting untuk didengar dan diteliti, kerana mereka itu umpama rakyat yang diperintah kita, namun nama sahaja kita ini pemerintah akan hakikat sebenarnya kita ini adalah hamba yang bekerja untuk keselesaan mereka. Justeru, gusar apa jika ditegur anak, hatta dikritik sekalipun kerana merekalah juri yang paling valid untuk menilai “siapa diri kita”. Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi naluri untuk menyedari hal ini dan bersyukur kerana diberi anak-anak sebagai pemandu dan pengawal segala tingkah laku saya. Mungkin ia adalah hasil bisikan saya yang berterusan ke telinga mereka; “wahai anak-anak mama, mama ini manusia yang penuh dengan kelemahan. Jika mama salah, tegurlah mama, mama tidak marah. Jika mama betul, ikutlah mama, dan mama akan teramat gembira. Jangan ikut apa yang mama buat atau kata jika anak-anak tahu ianya adalah salah sekalipun mama ini ibumu. Yang penting, bukan status siapa yang berkata tetapi apa yang mereka kata. Jika kata-kata itu benar, sekalipun ianya keluar dari mulut orang lain, maka ambillah ia sebagai nasihat atau ikutan, akan tetapi jika kata-kata itu dusta, abaikan dan jadikanlah sempadan sekalipun ia terlontar dari mulut manis mamamu. Jika mama silap, ampunkan mama dan pandulah mama ke jalan yang benar.”
Alhamdulillah, hasilnya adalah kebaikan kerana hampir di setiap kali kealpaan, anak-anak akan menegur saya tanpa rasa takut. “Mama dah solat belum? Adik rasa mama belum solat, dari tadi asyik depan laptop”, “Tak baik mama marah-marah macam tu kat Abdullah, bukan ke Abdullah kecil lagi?”, “Mama suruh kita ngaji tapi mama tak ngaji pun”, “Bila kakak minta beli buku, mama kata takde duit, tapi kakak tengok mama beli baju baru”, dan sebagainya adalah antara teguran-teguran yang menginsafkan tanpa melukakan hati saya. Kerana kanak-kanak adalah amat ikhlas dalam mengekpresikan sesuatu, mereka tidak mempunyai kepentingan peribadi, mereka menasihati dari lubuk hati mereka yang sungguh suci. Dan nasihat itu kerana ianya sungguh ikhlas, maka ia terus sampai ke jiwa dan roh kita tanpa waswas, tanpa prejudis, tanpa perlu berkecil hati atau menderita menanggung jiwa yang panas.
Oleh yang demikian, saya sangat mengambil berat akan setiap kata-kata anak terhadap saya dan saya sanggup berhenti bercakap dengan sesiapa jua jika anak-anak menunjukkan isyarat untuk memberitahu saya sesuatu. Saya percaya bahawa; Kita perlu belajar daripada anak-anak lebih daripada kita perlu mengajar mereka!
Kakak: Mama, hari raya nanti kita nak pi mana?
Aku: Aarr?
Kakak: Kita nak pi mana?
Aku: Erm, mula-mula kita pi bilik air, mandi dan wuduk.
Kakak: Lepas tu?
Aku: Mm, lepas tu kita pi bilik tidur, pakai baju dan telekung.
Kakak: Lepas tu?
Aku: Kita solat subuh dan tengahari sikit solat sunat hari raya.
Kakak: Lepas tu?
Aku: Hurm, kemudian kita pi dapur, makan.
Kakak: Lepas tu?
Aku: Urm, kita pi ruang tamu, tengok tv.
Kakak: Lepas tu?
Aku: Lepas tu, kita ulang pi tempat yang sama, kita pi mandi, pi makan, pi solat, pi ngaji, pi tengok tv, pastu pi bilik air lagi, dapur, ruang tamu, last sekali malam kita pi bilik tidur, tidur kroh kroh!
Kakak: Laa, mama ni, kakak tanya betul-betul, dijawabnya main-main. Kita nak pi mana hari raya?
Aku: Aarr? Habis tu, kakak nak pi mana? Rumah tok?
Kakak: Nak-nak. Tapi, boleh ke?
Aku: Boleh!
Kakak: Bila nak pi?
Aku: Kita tidur dulu la, baru boleh pi.
Kakak: Aarr? Nape? (suspen)
Aku: Kita pi dalam mimpi!
Kakak: Ggrrrr!!!!! (geram)
Susulan dialog pra-raya di atas, ku temui di atas meja kakak, jadual hari raya yang diberi tajuk: Jadual Ketat Hari Raya (lihat di bawah).
Jadual ketat hari raya:-
Pagi:-
– Pi bilik air, mandi.
– Pi bilik tidur, pakai baju raya.
– Pi ruang tamu, solat subuh.
– Pi bilik tidur, simpan telekung, kemas bilik.
– Pi dapur, sarapan.
– Pi bilik air, gosok gigi.
– Pi ruang tamu, tengok tv.
Tengahari:-
– Pi bilik air, wuduk.
– Pi bilik tidur, solat zuhur.
– Pi ruang tamu, ngaji.
– Pi dapur, makan tengahari.
– Pi bilik air, gosok gigi.
– Pi ruang tamu, tengok tv.
Petang:-
– Pi bilik air, wuduk.
– Pi bilik tidur, solat asar.
– Pi ruang tamu, ngaji.
– Pi dapur, minum-minum.
– Pi bilik air, buang air.
– Pi ruang tamu, tengok tv.
– Pi play-ground, main-main.
Malam:-
– Pi bilik air, mandi.
– Pi bilik tidur, solat magrib.
– Pi ruang tamu, ngaji.
– Pi dapur, makan malam.
– Pi bilik air, wuduk.
– Pi bilik tidur, solat isyak.
– Pi ruang tamu, tengok tv.
– Pi bilik tidur, tidur.
– Pi rumah tok, mimpi!
Yang nak raya:- Nur Insyirah, Valladolid, España.
Nota:-
Di Valladolid, hanya kami lima beranak Melayu a.k.a Malaysian yang ada. Atau dengan kata lain, kamilah satu-satunya keluarga Melayu yang ada di Valladolid ini. Jadi, setiap kali raya kami menempuhnya dengan “aku lihat engkau, engkau lihat aku” di rumah sepanjang hari. Tahun-tahun lepas, hari raya jatuh pada hari bersekolah. Jadi, di pagi raya anak-anak bangun untuk ke sekolah seperti biasa tanpa wujud walau sedikit pun suasana hari raya. Kebiasaannya, untuk mewujudkan suasana hari raya dan untuk mengembirakan anak-anak, seminggu selepas hari raya pertama aku akan menjemput beberapa orang kenalan arab yang ada di Valladolid ini untuk makan-makan di rumahku. Aku juga menjemput beberapa orang jiran Sepanyol untuk datang makan-makan dan bersembang. Tahun ini, insyaallah aku akan melakukan hal yang sama. Cumanya, ia terpaksa dilakukan seminggu atau dua minggu selepas hari hari raya pertama kerana sejak aku di sini, setiap tahun hari raya jatuh pada bulan di mana elaun berada di penghujung (duit biasiswa dimasukkan tiga bulan sekali). Senang cerita, hari raya senantiasa jatuh pada hari “kekeringan”! So, terpaksalah menunggu sehingga elaun akan datang dimasukkan seminggu atau dua minggu selepas itu maka barulah boleh berbelanja itu dan ini dan barulah boleh diadakan mini majlis eidul fitri. Apa pun hari raya tetap disambut dengan rasa penuh kesyukuran dan kemenangan setelah sebulan berlapar dan dahaga di ramadhan yang siangnya amat panjang dan berbahang (ramadhan jatuh pada musim summer yang suhunya kadang-kadang mencecah 40 degree).
Aku ini hambaNya yang banyak terkhilaf dalam kehidupan. Apabila terasa diri telah jauh menyimpang, aku mahu pulang, mencari Tuhan dan mencari diri yang hilang. Moga aku tidak tergelincir lagi di landasan yang sedang ku berdiri ini dan moga di hujungnya adalah redha Ilahi. Adapun, hasil daripada menemui semula jalan pulang maka aku berasakan bahawa ramadhan kali ini adalah ramadhanku yang paling wangi. Nikmat bertadarus bersama zuriat sendiri, nikmat bertarawih dengan kekusyukkan hati dan nikmat memburu qadr di malam sunyi adalah antara nikmat-nikmat yang baru kini aku mengecapi, setelah bergelar suri. Adapun ramadhan-ramadhan yang lepas, hidupku agak kusut dengan pengajian, kelahiran dan anak-anak yang masih di kendongan. Kini ketiga-tiga mereka telah besar, dan sudah mampu berdikari. Malah di dalam diri mereka juga sudah mula datang keinginan-keinginan untuk mengenal diri sendiri dan keinginan untuk memperhambakan diri kepada Ilahi. Sama sepertiku, mereka juga mengharapkan yang serupa; Ramadhan yang paling wangi antara ramadhan-ramadhan yang wangi!
Narrated Ibn ‘Umar: The Prophet ordered the people to pay Zakat-ul-Fitr before going to the ‘Id prayer. (Sahih Bukhari)
Narrated Ibn Umar: Allah’s Apostle enjoined the payment of one Sa’ of dates or one Sa’ of barley as Zakat-ul-Fitr on every Muslim slave or free, male or female, young or old, and he ordered that it be paid before the people went out to offer the ‘Id prayer. (One Sa’ = 3 Kilograms approx.) (Sahih Bukhari)
Narrated Ibn ‘Umar: Allah’s Apostle made it incumbent on all the slave or free Muslims, male or female, to pay one Sa’ of dates or barley as Zakat-ul-Fitr. (Sahih Bukhari)
Narrated Abu Said Al-Khudri: We used to give one Sa’ of meal or one Sa’ of barley or one Sa’ of dates, or one Sa’ of cottage cheese or one Sa’ of Raisins (dried grapes) as Zakat-ul-Fitr. (Sahih Bukhari)
Narrated ‘Abdullah bin ‘Umar The Prophet ordered (Muslims) to give one Sa’ of dates or one Sa’ of barley as Zakat-ul-Fitr. The people rewarded two Mudds of wheat as equal to that. (Sahih Bukhari)
Narrated Abu Sa’id Al-Khudri: In the life-time of the Prophet we used to give one Sa’ of food or one Sa’ of dates or one Sa’ of barley or one Sa’ of Raisins (dried grapes) as Sadaqat-ul-Fitr. And when Muawiya became the Caliph and the wheat was (available in abundance) he said, “I think (observe) that one Mudd (of wheat) equals two Mudds (of any of the above mentioned things). (Sahih Bukhari)
Narrated Abu Said Al-Khudri: In the life-time of Allah’s Apostle , we used to give one Sa’ of food (edible things) as Sadaqat-ul-Fit,r (to the poor). Our food used to be either of barley, raisins (dried grapes), cottage cheese or dates. (Sahih Bukhari)
Narrated Nafi’: Ibn ‘Umar said, “The Prophet made incumbent on every male or female, free man or slave, the payment of one Sa’ of dates or barley as Sadaqat-ul-Fitr (or said Sadaqa-Ramadan).” The people then substituted half Sa’ of wheat for that. Ibn ‘Umar used to give dates (as Sadaqat-ulFitr). Once there was scarcity of dates in Medina and Ibn ‘Umar gave barley. ‘And Ibn ‘Umar used to give Sadaqat-ul-Fitr for every young and old person. He even used to give on behalf of my children. Ibn ‘Umar used to give Sadaqatul-Fitr to those who had been officially appointed for its collection. People used to give Sadaqat-ul-Fitr (even) a day or two before the ‘Id. (Sahih Bukhari)
Narrated Ibn ‘Umar: Allah’s Apostle has made Sadaqatul-Fitr obligatory, (and it was), either one Sa’ of barley or one Sa’ of dates (and its payment was obligatory) on young and old people, and on free men as well as on slaves.(Sahih Bukhari)
Comentarios Recientes