Menurut Austin (1962), setiap lakuan tuturan mempunyai tiga dimensi, iaitu; lakuan lokutif, ilokutif dan perlokutif. Lakuan lokutif merujuk kepada ujaran yang dikeluarkan. Lakuan ilokutif pula ialah lakuan sebenar yang terlindung di sebalik lakuan lokutif. Manakala perlokutif, ialah kesan lakuan ilokutif ke atas pendengar. Ia boleh difahami dengan meneliti contoh berikut;
Ahmad telah berkata kepada Ali; ´´Sejuklah´´. Ali mengangguk lalu mematikan kipas.
Ujaran ´´sejuklah´´ = Ahmad memberitahu Ali bahawa beliau sejuk = Lakuan lokutif
Lakuan sebenar di sebalik ujaran ´´sejuklah´´ = Ahmad meminta Ali agar mematikan kipas = Lakuan ilokutif
Tindakan yang Ahmad harapkan setelah mengujarkan ´´sejuklah´´ = Ali mematikan kipas = Lakuan perlokutif
Ketika mengujarkan ´´sejuklah´´ Ahmad sebenarnya sedang meminta Ali agar mematikan kipas, bukan sekadar memberitahu beliau sejuk.
Valladolid Time
Comentarios Recientes