Semakin dekat harinya untuk aku mengucap selamat tinggal kepada daerah ini semakin hinggap pelbagai perasaan janggal ke lembah nurani bagaimana mahu diterjemahkan ini? ke dalam perkataan untuk menggambarkan warna-warna perasaan yang berserakan. adakah kerna sayang terlalu atau hati yang tertipu? adakah kasih telah tertumpah kepada bukan tanah tumpah darah?
Entah! itu sahaja yang mampu termuntah dari berat lidah untuk bermadah atau menjerit dan melaung amarah kepada siapa? entah!
Bila batin menjerit meronta-ronta untuk tidak mahu melepaskan segala yang sedang aku melalui masa yang sedang aku melewati kerna inilah mimpiku dedari kecil baring di atas karpet reribu daun di autumn menghirup wangi amapola di primavera menari-nari di hamparan putih awan nano di invierno dan berteduh di sombra, tika matahari garing di summernya yang kering.
Mana mungkin mata hati tidak melihat kepada yang hakiki bahawa aku hanya sang pemusafir yang singgahnya sederas angin similir yang tenggeknya cuma secangkir pada daerah yang bukan pun tanah air? lantas, perlu apa mengsaratkan fikir? pinggir, usir? Entah! hanya itu yang mampu termuntah.



Valladolid Time
Comentarios Recientes