Alhamdulillah, di hari kedua ramadhan saya telah berjaya melaksanakan apa yang dirancang iaitu bertadarus bersama Insyirah, cahaya kegembiraan saya. Saya amat menaruh harapan agar cita-cita untuk bertadarus hingga khatam bersama puteri-puteri kesayangan di ramadhan ini diperkenan Ilahi. Saya juga telah berjanji kepada diri sendiri untuk tidak lagi mewarwarkan tentang juadah, sebaliknya biar nampak meriah pada ibadah. Biar ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang benar-benar wangi hingga melekat wanginya kepada bulan-bulan yang lain juga. Insyaallah. Selamat mewangikan ramadhan!

Valladolid Time
Comentarios Recientes