Berkata sabar itu mudah berbenar-benar sabar itu susah bersenilah dalam berdakwah.
Silap kata, marah silap bahasa, parah… bersenilah dalam berdakwah.
Silap seru, rekah silap tuju, rebah… bersenilah dalam berdakwah.
Silap tongkah, balah silap langkah, kalah… bersenilah dalam berdakwah.
Sudah lumrah dalam dakwah ada lurah, bersenilah dalam berdakwah.
Bukan mahu megah atau hendak gah tetapi, demi maruah demi ummah walau senaskah atau sepatah Istiqamah! bersenilah dalam berdakwah.
Bukan kerna air yang dicurah bukan masalah keladi yang menadah ia masalah, seni di dalam dakwah! Apa guna berilmu tinggi, jika hanya mampu menghebatkan diri sendiri, untuk mengajak masyarakat mendekati Ilahi, tiada upaya kerna dakwah tiada seni… kerna seruan tidak didengari. Ibarat melontar wacana mati kepada telinga-telinga yang tuli.
Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus …
Valladolid Time
Comentarios Recientes