Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada darah untuk perasaan yang parah.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada solusi untuk hati yang mati.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada cat untuk dada yang berkarat.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada cahaya untuk minda yang tidak bermaya.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada lampu untuk otak yang buntu.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada gendang untuk kalbu yang gersang.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada tukul untuk fikiran yang tumpul.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada makanan untuk roh yang kelaparan.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada penyembuh untuk semangat yang lumpuh.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada peta untuk mata yang buta.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada penyuluh untuk batin yang rapuh.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada penawar untuk iman yang hambar.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada tongkat untuk akal yang terencat.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada pedang untuk akhlak yang tempang.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada peta jalan pulang untuk diri yang termenyimpang.
Tarik tanganku ke majlis ilmu di sana ada tazkirah untuk kita ke alam barzah!
La adquisición de cualquier conocimiento es siempre útil al intelecto, que sabrá descartar lo malo y conservar lo bueno (Leonardo da Vinci).
Pengetahuan tentang apa sahaja ilmu adalah senantiasa berguna untuk intelek, yang mampu menyingkirkan yang tidak baik dan memelihara yang baik (Leonardo da Vinci).
Mari mencintai ilmu, dari saya hambaNya yang hina.
Valladolid Time
Comentarios Recientes